Saturday, October 30, 2010

Peraturan Kebersihan Makanan 2009

                                     



Kementerian Kesihatan Malaysia

BAHAGIAN IV

PENGENDALI MAKANAN

Bab 1 –Latihan, pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan,
          pakaian dan kebersihan diri pengendali makanan


Latihan Pengendali Makanan


30.     (1)    Pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang ditentukan oleh Pengarah.

         (2)    Menteri boleh, jika difikirkannya perlu, mengkehendaki mana- mana pengendali makanan untuk menghadiri mana- mana latihan pengendali makanan tambahan di mana-mana institusi yang ditentukan oleh Pengarah.

         (3)    Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana- mana premis
makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebut dalam sub peraturan (1) atau tidak menghadiri mana-mana latihan yang disebut dalam sub peraturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM10,000) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun.


Atas dasar kesedaran dan kepercayaan, kursus ini wajib dihadiri oleh semua pekerja
/pengendali makanan dan bukan sahaja pengusaha atau pemilik sahaja , bagi mematuhi Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan kualiti produk dihasilkan.

No comments:

Post a Comment