Monday, November 15, 2010

Lokasi Utama Tempat Kursus.


Lokasi Pertama.
Bilik Seminar, 
Tingkat 7U,
Bangunan Tabung Haji,
Jalan Air Molek, Johor Bahru.



Lokasi Kedua.
Kompleks Usahawan Teknologi MARA, 
Technovation Park UTM,
81310 Skudai, Johor.







Friday, November 5, 2010

Tentatif Program Kursus Pengendalian Makanan 3 1/2 Jam




Kursus Latihan Pengendali Makanan akan dijalankan dua kali seminggu iaitu pada hari Khamis & Sabtu. Kursus hanya mengambil masa selama 3  jam.



Masa

Aktiviti
9.00 pagi
:
Pendaftaran
9.30  pagi
:
Modul 1 : Pengenalan Asas Kebersihan Dan Keselamatan Makanan
10.00  am
:
Modul 2 : Pencemaran Makanan
10.30  am
:
Modul 3 : Kebersihan Pengendali Makanan
11.00  am
:
Rehat
11.15 pm
:
Modul 4 : Kebersihan Premis Makanan
11.45  pm
:
Modul 5 : Kawalan Sisa Buangan
12.15  pm
:
Modul 6 : Kawalan Makhluk Perosak
12.45  pm


Yuran Kursus

:
Penilaian Kursus

 
Yuran kursus yang berpatutan dan munasabah


Saturday, October 30, 2010

Peraturan Kebersihan Makanan 2009

                                     



Kementerian Kesihatan Malaysia

BAHAGIAN IV

PENGENDALI MAKANAN

Bab 1 –Latihan, pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan,
          pakaian dan kebersihan diri pengendali makanan


Latihan Pengendali Makanan


30.     (1)    Pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang ditentukan oleh Pengarah.

         (2)    Menteri boleh, jika difikirkannya perlu, mengkehendaki mana- mana pengendali makanan untuk menghadiri mana- mana latihan pengendali makanan tambahan di mana-mana institusi yang ditentukan oleh Pengarah.

         (3)    Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana- mana premis
makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebut dalam sub peraturan (1) atau tidak menghadiri mana-mana latihan yang disebut dalam sub peraturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM10,000) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun.


Atas dasar kesedaran dan kepercayaan, kursus ini wajib dihadiri oleh semua pekerja
/pengendali makanan dan bukan sahaja pengusaha atau pemilik sahaja , bagi mematuhi Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan kualiti produk dihasilkan.

Thursday, October 28, 2010

Kepentingan Kursus Latihan Pengendali Makanan

 In-House Training at Grand Bluewave Hotel Johor Bahru


Kursus ini WAJIB dihadiri oleh semua pengendali makanan termasuk pengusaha dan pekerja.

Kursus ini penting kerana :


1.  Pematuhan terhadap Perundangan Makanan Malaysia ( PKM 2009) .



2.  Menjadi syarat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan oleh 
     Pihak Berkuasa Tempatan PBT ( MAJLIS). 


3.  Syarat-syarat permohonan dan pembaharuan sijil HALAL oleh 
     Jabatan Agama Islam Negeri.

Siapakah Yang Perlu Hadir Kursus Ini ?
Semua pengendali makanan yang bekerja di premis-premis makanan berikut:

*    Kilang Makanan
*    Restoran/Kafeteria/Kedai Makan
*    Kantin Sekolah/Asrama/IPTA/IPTS/Kilang/Pejabat
*    Pasaraya/Kedai Runcit
*    Kedai Kek/Bakeri//Roti
*    Pusat Jagaan Kanak-Kanak/Tabika
*    Katering
*    Hotel/Resort
*    Gerai Makan/Penjaja Makanan/Pasar Malam
*    Dapur Hospital
*    Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)
*    Kilang Penyembelihan Ayam

credit to; Mr Ismail Bin Md Salleh

Wednesday, October 27, 2010

Perinion Sdn Bhd

Perinion Sdn Bhd ditubuhkan pada 2009, terletak ditengah-tengah Bandaraya 
Johor Bahru.

Objektif Syarikat

  • Untuk membina nilai dengan memberikan sokongan kepada syarikat-syarikat makanan dan pembangunan kakitangan melalui pemberian latihan kelas pertama dan konsultasi.
  •  Untuk berusaha menyelesaikan masalah dalam ringkas jelas dan kos yang efektif.
  • Untuk menawarkan program latihan yang interaktif dan mengembangkan kecekapan dan kepercayaan peserta  sebagai fokus utama.
PERKHIDMATAN KAMI

Kursus Latihan Pengendali Makanan (Kementerian Kesihatan Malaysia)

Kami diperakui dan disahkan sebagai Sekolah Latihan Pengendali Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, memberikan latihan dan perundingan yang terbaik untuk mendapatkan penyelesaian dari setiap masalah yang berkaitan dengan kehendak dan peruntukan undang-undang KKM dan Pihak Berkuasa Tempatan.
                                                    
Akta Makanan 1983
Peraturan Kebersihan Makanan 2009
Kementerian Kesihatan Malaysia
 BAHAGIAN IV
PENGENDALI MAKANAN
Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Berkaitan.


TENAGA PENGAJAR


Mempunyai tenaga pengajar yang terlatih, berpengalaman dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.